topbella

Sunday 27 March 2011

Bintang temanku

Dari semalam sampai ke waktu ini,
Diri ini masih di temani bintang yang begitu indah di langit,
Walaupun langit itu kelihatan gelap,
Bintang tetap menerangi kegelapan itu,
Bintang tetap ceriakan kegelapan di langit

Nurkilanku 2011
Saturday, 26 March 2011 at 05:44


Masih di sini

Jika dirimu memerlukan seorang teman untuk meluahkan apa yang terbuku dlm hatimu,
Aku ada di sini setia mendengarnya

Nurkilanku 2011
Saturday, 26 March 2011 at 00:25


Tanpamu

Siang dan malam ku,
Tak akan sama tanpa diri mu,
Kau telah banyak mengajar ku erti kehidupan ini,
Kau saja yang mampu memberi ku nasihat, 
Tanpa sedikit pun kata lelah  keluar dari mulut mu.

Kau saja yang amat memahami diri ku ini,
Kau saja yang mampu membuat ku rasa diri ini benar benar berharga,

Di sini ku ingat mengucap terima kasih kepadamu kerna amat mengerti isi hati ku ini

Nurkilanku 2011
Saturday, 26 March 2011 at 05:30



Biarlah

Biarlah berkali-kali diriku mengalah,
Ku akan terus tempohi setiap titian perjalanan ku ini dgn penuh kesabaran, 
Kerna ku yakin dan pasti,
Sinaran kebahagiaan itu akan menjadi milik ku, 
Suatu... suatu masa nanti,
Dengan keizinanNya.

Nurkilanku 2011
Saturday, 26 March 2011 at 05:26


Siapakah diriku ini?

Ramai yang mengenali diriku kerana sifat riang dan peramah ku..
Pada hakikat sebenarnya mereka tidak mengetahui bahawa hati ku ini ..
sedih...terkilan..dengan nasib kehidupan ku ini... 
Walaupun sedih dan terkilan yang ku rasai aku tetap redha dengan apa yang berlaku...

 Dalam meniti kehidupan ini aku tahu ada yang tidak puas hati dengan kehadiran ku.. 
 malah ada yang berani berkata-kata di belakang ku...
 Bagi ku aku tak akan  berdendam dengan manusia sebegini..
 malah aku telah memaafkan semua kesilapan mereka itu,

Disebalik setiap senyuman ku ini aku hanya mampu menghibur dan mengembirakan mereka yang memerlukan,
Tanpa menghiraukan perasaan ku sendiri...
Bagi ku biarlah insan insan.. yang berada disekeliling ku ini menikmati suasana ceria dan gembira itu
kerana perasaan itu harus di kongsi bersama 

Nurkilanku 2011
Saturday, 26 March 2011 at 05:24

Pasangan Jiwa

Duhai pasangan jiwaku dimanakah dikau?
Diriku amat merinduimu,
Diri ini seperti tidak sanggup lagi untuk meneruskan..meniti perjalanan ini,
Setiap nafas ku...aku dapat rasakan kehadiranmu,
Janganlah dikau tinggalkan diriku sendirian disini lagi...
Tanpa belaian kasih sayang mu dan tanpa dirimu disisiku... aku pasti akan hancur selamanya

Nurkilanku 2011
Saturday, 26 March 2011 at 05:17


Cinta sebenar

Cintailah sesungguhnya...
Kerna cinta itu indah dan ialah adalah satu Anugerah,
Cinta itu tak perlu dipaksa ia akan datang dengan sendirinya... 
Sebaik-baik cinta adalah cinta yang bukan berlandas kan nafsu..
Cinta yang semolek-molek nya adalah cinta antara Hawa dan Adam dengan keizinan Allah S.W.T

Nurkilanku 2011
Saturday, 26 March 2011 at 05:14


Pabila hati

Pabila hati terhempit dengan kisah-kisah silam, 
Yang amat berat ku tanggung, 
Pada siapakah harus ku luahkan isi hati ku ini?
Adakah harus ku terus memendam perasaan ini sendirian?
Ataupun haruskah aku terus menangis dan merintih dengan apa yang telah berlaku?

Aku tahu tiada siapa yang mampu memahami tiap apa yang diriku lalui,
Bila rindu terpaut pada siapa harus aku lepaskan kerinduan ini?
Adakah mimpi yang indah akan pasti menjadi satu kenyataan?
Itu semua nya masih kabur.. Kabur belaka

Nurkilanku 2011
Saturday, 26 March 2011 at 05:11



Kisah silam

Telah lama ku lupakan diri mu di sana,
Kenapa kau kembali lagi di dalam hidupku ini,
Tidak cukup lagi ke kelukaan dan parut yang telah kau tinggalkan didalam hati ku ini?

 Ku naik bosan dan muak dengan kehadirmu ini,
 Ku tak menafikan dulu memang kita saling cinta antara satu sama lain tapi semua itu
 telah berakhir bertahun-tahun lama  nya.

Buat sekian kali ini tolong sedari bawah diriku ini,
Bukan ada apa-apa lagi dengan diri mu terimalah hakikat sebenar nya ini
Sekarang diri ku amat bahagia tanpa diri mu,
Ku mampu berdiri di atas kaki ku sendiri,
Ku tak akan berpaling lagi untuk bersama mu lagi kerana kelukaan, parut dan cacian yang pernah kau tinggalkan dulu.

Nurkilanku 2011
Saturday, 26 March 2011 at 05:08


Malam Ku

Bila malam tiba,
Ku akan rasa getaran kerinduan teramat sarat terhadapmu,
Ku akan asyik memikirkan tentang dirimu,
Lalu ku akan terus gengam erat gambarmu di pelukan ku,
Sayang katakan padaku bagaimana harus diriku lalui,
Tiap malam-malam ku tanpamu,
Dirimu yang amat ku sayangi. 

Nurkilanku 2011
Thursday, 10 March 2011 at 00:38




Luahan Hati - 8 Mac 2011

♥ ♥ ♥ ♥ Puisi cinta kau hadiahkan untuk diriku akan aku lukiskan namamu di pelangi yang indah.♥ ♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥ ♥ Dimana sayang dimana rindu akan ku terus bertanya pada sang bulan dan bintang, 
yang setia menemani setiap malam ku ♥ ♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥ ♥ Bukan ku tak mengerti isi hatimu, tapi aku terseksa dan lemas kerna terlampau merinduimu, 
semoga kau memahami isi hatiku sebenarnya ♥ ♥ ♥ ♥

Nurkilanku 2011
Wednesday, 09 March 2011 at 03:09




Cinta Ini

Percintaan ini seringkali melukakan hati ku,
Namun aku terus laluinya dengan penuh kesabaran,
Kadang2 hampir saja aku terkaram dengan perasaan kecewa ku ini,
Biar lah sayang aku saja yang rasa semua ini ,
kerana aku tidak mahu kehilangan mu 

Nurkilanku 2011
Wednesday, 09 March 2011 at 02:51


Sayangku

Rindu... Kasih... Cinta..., seringkali kau lafazkan kepada ku,
aku amat merinduimu, walaupun jarak yang telah memisahkan kita berdua,
aku redha sentiasa,
ketahuilah sayang setiap angin yang kau rasai di pipimu,
itulah nafas kerinduan ku terhadapmu

Nurkilanku 2011
Wednesday, 09 March 2011 at 02:51





























Satu Dalam Sejuta

Kenangan bersamamu,
Tiada apa yang mampu mengantinya,
Kerna KAU begitu istimewa,
Dalam hidupku,
Terima kasih Aku ucapkan "PADAMU"

Nurkilanku 2011
Saturday, 29 January 2011 at 06:54


Rindu padamu

Bintang sampaikan rindu ku padanya,

Walaupun dari kejauhan,

Aku rindu sangat padanya bintang,

Kenapa dan mengapa pun aku tak pasti,

Yang penting bagi ku Aku teramat rindukan "DIA"

Nurkilanku 2011
Saturday, 29 January 2011

Bersyukurlah

Apabila kita mempunyai sesuatu dalam hidup,  

Kita janganlah sesekali menunjuk-menunjuk ataupun riak, 

Kerana yang kita punyai sekarang adalah sekadar pinjaman dari Allah S.W.T. 

Nurkilanku 2011
Saturday, 29 January 2011 at 06:31


Life

Even My Life Are Filled With Ups And Downs,

I Will Not Surrender,

Cause I Believe There Will Be A New Sunshine,

Awaiting For Me Out There,

Patience Is The Main Key.

Nurkilanku 2011
Saturday, 29 January 2011


Masih Mampu

Aku masih mampu megukirkan senyuman,

Walaupun hakikat sebenarnya hati aku amat luka 

kerana mu, Aku tak mampu untuk berdendam 

terhadap diri mu,Kerana Kau yang mengajar ku 

erti sebenar "SUKA dan DUKA"

Nurkilanku 2011
Saturday, 29 January 2011 at 06:11

Sang Matahari

Wahai Sang matahari,

 Sinarilah cahayamu,

Agar hari ku ini dihiasi penuh dengan kasih sayang mu,

Sebagai mana kau berikan kepada yang memerlukan mu,

Aku tahu kau setia  memberi senyuman tanda satu semangat untuk ku mengharungi hari-hari ku.

Nurkilanku 2011
Saturday, 29 January 2011 at 06:04


You

Whenever I miss YOU what shall I do?


I shall always bring all OUR memories, 


with me where ever I go coz YOU will always, 


stay in my little HEART even we ain't together

Nurkilanku 2011
Saturday, 29 January 2011 at 05:53




Sahabat

Bila kau ada ku rasa gembira,
Bila kau tiada ku rasa kehilangan,
Apakah makna sebenarnya ini?
Ye, ini kerana Aku merindui kamu wahai 
SAHABATKU,
Terima Kasih kerana setia manjadi SAHABATKU

Nurkilanku 2011
Saturday, 29 January 2011 at 05:47

Kedamaian

Damainya malam ini, 
Ku rasa begitu tenang,
Melihat keindahan ciptaan Illahi,


Ku amat berterima kasih PadaNYA 
Kerna memberi kenikmatan ini,
Untuk ku merasa keindahan ciptaanNYA

Nurkilanku 2011
Saturday, 29 January 2011 at 05:39

Tik Tok Tik Tok