topbella

Tuesday 3 May 2011

kata-kata pujanggaku

saat ku terlantar derita kau tambah garam di luka yang berdarah ni :'(

Mengapa harus kau jadi seorang yang curang? semua yang kau kenal kau panggil sayang mengapa? Inikah yang kau kata pada ku yang kau SETIA?

Semudah itu bibir berkata-kata bila tidak mendalami maksud yg ingin dibicarakan... Benarkah bila kau panggil mereka itu sayang, kau tidak merasa sesuatu dalam hati mu? Jika aku yang mengatakan sayang pada seseorang, hatimu tak akan terasa cemburu?

Lagu Luahan hati seringkali ku mendengarnya... aku terpaut pada sopan santun mu... bilakah agaknya kita akan bersua muka?

Usah kau ratapi perpisahan ini.. bukan maksudku ingin melukakan hatimu itu, Aku hanya tak pasti apa yang aku mahu kan dalam hubungan ini lagi, hanya kata maaf dari lubuk hati ku untuk mu

Biar aku sahaja yang fahami apa yang terjadi antara kau dan aku... biar aku simpan semua memori indah bersama mu di ruang yang pernah kita berjumpa suatu masa dulu... akan ku kenangkan semua itu sehingga ku menutup mata ku terakhir kalinya


Ya Allah S.W.T berikan ku ketabahan hati untuk lalui setiap perjalananku... Hanya padaMU ku berserah dan pasrah... lindungilah diriku dari hasutan manusia yang penuh dengan kepura- puraan.


Nurkilanku 2011
Monday, 2 MAY 2011 at 00:05

Sunday 1 May 2011

Abang....

Kepercayaan.. keikhlasan selama ini
telah terbukti yang abang memang seorang yang sabar dan tabah..melalui setiap onak duri... didalam perhubungan ini


terima kasih abang..
kerana sentiasa memberi..keutamaan diri ini didlm hidup abang selama ini... biar apapun jadi sekali pun abang ingat lah... kekasih abang ini akan sentiasa bersama abang kemana saja abang berada... kerana kekasih abang ini akan sentiasa berada di dalam hati abang... setiap degupan jantung ini itu lah degupan cinta kita bersama. salam sayang dari kekasihmu 


Nurkilanku 2011
Sunday, 1 MAY 2011 at 23:30

Wednesday 20 April 2011

Suasana Malam

Duhai bintang hatiku,
Pabila suasana malam sepi,
aku seringkali terasa terseksa,
kerna aku akan di dihempit dengan perasaan,
kerinduian yang teramat sarat terhadapmu


Biar pun aku berada jauh di seberang dunia ini, 
aku tetap akan setia menunggumu tanpa lelah dan jemu,
rindu ku tiada gantinya,
Cinta dan kasih sayang ku,
aku telah sematkan di sudut yang teramat dalam,
didalam hatiku tuk mu kerna kau adalah bintang hatiku


Nurkilanku 2011
Wednesday, 20 April 2011 at 00:42





Tuesday 19 April 2011

Penantian



Hari berganti hari, 
Diriku masih disini, 
Terus menantikan kehadiran mu, 
Sampai kapan pun diriku akan terus setia disini,
Kerna dirimu telah melengkapi hidupku


Menyintaimu telah membuat ku semakin semangat bertahan disini..
Tanpamu mungkin diriku telah hilang dalam ramai 


Nurkilanku
Tuesday, 19 April at 00:05

Wednesday 13 April 2011

Sinaran matahari terpancar keriangan pagi ini, 
Seumpama menandakan sesuatu yang indah akan berlaku


Nurkilanku 2011
I want you to be with me, 
All the time, 
Would you be there?


Nurkilanku 2011
Semua keajaiban ada didalam kehidupan kita
Cuma kita perlu cari dengan mata hati kita


Nurkilanku 2011

Tik Tok Tik Tok