topbella

Sunday, 27 March 2011

Malam Ku

Bila malam tiba,
Ku akan rasa getaran kerinduan teramat sarat terhadapmu,
Ku akan asyik memikirkan tentang dirimu,
Lalu ku akan terus gengam erat gambarmu di pelukan ku,
Sayang katakan padaku bagaimana harus diriku lalui,
Tiap malam-malam ku tanpamu,
Dirimu yang amat ku sayangi. 

Nurkilanku 2011
Thursday, 10 March 2011 at 00:38




Luahan Hati - 8 Mac 2011

♥ ♥ ♥ ♥ Puisi cinta kau hadiahkan untuk diriku akan aku lukiskan namamu di pelangi yang indah.♥ ♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥ ♥ Dimana sayang dimana rindu akan ku terus bertanya pada sang bulan dan bintang, 
yang setia menemani setiap malam ku ♥ ♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥ ♥ Bukan ku tak mengerti isi hatimu, tapi aku terseksa dan lemas kerna terlampau merinduimu, 
semoga kau memahami isi hatiku sebenarnya ♥ ♥ ♥ ♥

Nurkilanku 2011
Wednesday, 09 March 2011 at 03:09




Cinta Ini

Percintaan ini seringkali melukakan hati ku,
Namun aku terus laluinya dengan penuh kesabaran,
Kadang2 hampir saja aku terkaram dengan perasaan kecewa ku ini,
Biar lah sayang aku saja yang rasa semua ini ,
kerana aku tidak mahu kehilangan mu 

Nurkilanku 2011
Wednesday, 09 March 2011 at 02:51


Sayangku

Rindu... Kasih... Cinta..., seringkali kau lafazkan kepada ku,
aku amat merinduimu, walaupun jarak yang telah memisahkan kita berdua,
aku redha sentiasa,
ketahuilah sayang setiap angin yang kau rasai di pipimu,
itulah nafas kerinduan ku terhadapmu

Nurkilanku 2011
Wednesday, 09 March 2011 at 02:51





























Satu Dalam Sejuta

Kenangan bersamamu,
Tiada apa yang mampu mengantinya,
Kerna KAU begitu istimewa,
Dalam hidupku,
Terima kasih Aku ucapkan "PADAMU"

Nurkilanku 2011
Saturday, 29 January 2011 at 06:54


Rindu padamu

Bintang sampaikan rindu ku padanya,

Walaupun dari kejauhan,

Aku rindu sangat padanya bintang,

Kenapa dan mengapa pun aku tak pasti,

Yang penting bagi ku Aku teramat rindukan "DIA"

Nurkilanku 2011
Saturday, 29 January 2011

Bersyukurlah

Apabila kita mempunyai sesuatu dalam hidup,  

Kita janganlah sesekali menunjuk-menunjuk ataupun riak, 

Kerana yang kita punyai sekarang adalah sekadar pinjaman dari Allah S.W.T. 

Nurkilanku 2011
Saturday, 29 January 2011 at 06:31


Tik Tok Tik Tok